Sunday 23 May 2010

Kaedah Mengikat Mata Kail

Berikut adalah kaedah untuk mengikat, memasang mata kail pada tali. Selamat mencuba.... ;-)

Saturday 22 May 2010

Pancing Ikan




Mata kail ikan

Disini disertakan beberapa contoh mata kail yang popular digunakan untuk memancing ikan tidak kiralah ikan air tawar mahupun ikan air masin.





Memancing Haruan / Toman

Di bawah ini adalah tektik bagi memudahkan untuk memancing haruan ataupun toman menggunakan katak sebagai umpan. Selalunya pemancing tertumpu di kawasan
1. Sawah Padi.
2. Lombong Tinggal
3. Paya
Jika di dasar air terdapat kelompok anak-anak ikan pemancing tidak akan melepaskan peluang untuk menghayunkan umpan ke arah kelompok itu kerana kebiasaannya ibu ikan akan menjaga anak-anak dan bertindak agresif jika sesuatu mengganggu kawasannya.



Bagi memancing ikan toman umpan yang sesuai digunakan adalah umpan hidup seperti anak ikan. Disebelah adalah gambar umpan anak ikan keli yang digunakan untuk memancing toman. Untuk memasang umpan supaya hidup mata kail hendaklah di cakuk di bahagian badan ikan berkenaan.







Memancing Ikan Air Tawar




Bagi pemancing yang ingin mencuba memancing di kawasan air tawar cubalah menggunakan cacing sebagai umpan kerana kebanyakan ikan air tawar tertarik dengan umpan cacing bahkan udang galah juga boleh mengena jika menggunakannya.



Teknik Memancing ikan Lampam



Disebelah adalah campuran tepung dengan kunyit yang merupakan cara tradisional untuk memancing ikan lampam.
Sebaik-baiknya untuk menggaul tepung dengan kunyit gunalah air yang paling minimum supaya umpan tidak lekang pada dasar air. Cara lain yang kerap juga digunakan adalah dengan menggaulkan roti dengan air sampai terbentuk satu sebatian yang padat.

Pancing Udang,






Mata Kail Udang


Saiz mata kail yang sesuai digunakan untuk memancing udang adalah saiz 3 hingga ke saiz 5. Pemancing mestilah bijak membuat keputusan untuk memilih saiz yang sesuai. Bagi kebiasaan individu saiz 5 yang menjadi pilihan kerana ia tidak terlalu besar atau kecil.







Umpan


Umpan udang yang biasanya digunakan untuk memancing
  • umpun-umpun
  • cacing
  • anak udang/ ikan
  • isi ikan
Perambut Udang





Perambut untuk memancing udang terpulang kepada individu itu sendiri yntuk membuatnya kerana lain orang lain cara tersendiri. Di atas adalah contoh perambut untuk makluman sumua.