Saturday 22 May 2010

Pancing Ikan




Mata kail ikan

Disini disertakan beberapa contoh mata kail yang popular digunakan untuk memancing ikan tidak kiralah ikan air tawar mahupun ikan air masin.





Memancing Haruan / Toman

Di bawah ini adalah tektik bagi memudahkan untuk memancing haruan ataupun toman menggunakan katak sebagai umpan. Selalunya pemancing tertumpu di kawasan
1. Sawah Padi.
2. Lombong Tinggal
3. Paya
Jika di dasar air terdapat kelompok anak-anak ikan pemancing tidak akan melepaskan peluang untuk menghayunkan umpan ke arah kelompok itu kerana kebiasaannya ibu ikan akan menjaga anak-anak dan bertindak agresif jika sesuatu mengganggu kawasannya.



Bagi memancing ikan toman umpan yang sesuai digunakan adalah umpan hidup seperti anak ikan. Disebelah adalah gambar umpan anak ikan keli yang digunakan untuk memancing toman. Untuk memasang umpan supaya hidup mata kail hendaklah di cakuk di bahagian badan ikan berkenaan.







Memancing Ikan Air Tawar




Bagi pemancing yang ingin mencuba memancing di kawasan air tawar cubalah menggunakan cacing sebagai umpan kerana kebanyakan ikan air tawar tertarik dengan umpan cacing bahkan udang galah juga boleh mengena jika menggunakannya.



Teknik Memancing ikan Lampam



Disebelah adalah campuran tepung dengan kunyit yang merupakan cara tradisional untuk memancing ikan lampam.
Sebaik-baiknya untuk menggaul tepung dengan kunyit gunalah air yang paling minimum supaya umpan tidak lekang pada dasar air. Cara lain yang kerap juga digunakan adalah dengan menggaulkan roti dengan air sampai terbentuk satu sebatian yang padat.

No comments:

Post a Comment